Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 Berjalan Lancar


Gambar AJK

Alhamdulillah program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra telah berjalan dengan lancar semalam. Seramai 285 peserta telah hadir melebihi jangkaan awal sekitar 200 peserta. Insya-Allah jika tiada halangan, kita mungkin menjemput Dr. Tengku Asmadi ke Bandar Seri Putra lagi pada tahun hadapan.

Motivasi tidak hanya dikendalikan oleh Dr. Tengku Asmadi, tetapi juga dikendalikan oleh penceramah lain yang mempunyai semangat yang sama semasa penyampaian mereka. Antara yang dipelajari adalah tip-tip belajar seperti perlu belajar “1 jam 60 minit”. Disambut dengan ketawa oleh peserta semua seolah-olah perkara itu bukan baru bagi mereka. Bagaimanapun penceramah menegaskan bukan jumlah 1 jam atau 60 minit itu yang dimaksudkan, tetapi adalah masa efektif untuk setiap masa belajar. Jika boleh fokus 1 jam/60 minit, maka belajarlah selama 1 jam/60 minit. Jika tidak, cuba dapatkan masa yang sesuai untuk kita fokuskan. Tapi jangan jadikan alasan tak belajar langsung kerana tiada masa yang efektif untuk belajar.

Pada sebelah petangnya, ibubapa juga dijemput sama untuk mendengar ucapan Dr. Tengku Asmadi. Menurut beliau, anak-anak mengalami 3 fasa yang perlu dikendalikan oleh ibubapa secara berasingan. Fasa pertama, umur 1- 7 tahun. Fasa ini berlu dilayan dengan penuh kasih-sayang. Fasa kedua pula umur 8 – 14 tahun, disiplin dan ketaatan. Selalunya fasa ini gagal ditangani oleh ibubapa. Pada fasa ini, anak-anak perlu didisiplinkan dan perlu mengikut arahan yang ibubapa berikan. Manakala fasa ketiga umur 15 – 21 tahun, adalah berkawan dengan mereka. Jadikan mereka kawan; berbual dengan mereka; hormati privasi mereka; yang penting hubungan itu mestilah lebih daripada hubungan ‘minta duit’ terutama anak-anak yang belajar di universiti. Bila telefon ‘mesti’ nak minta duit. Itulah persepsinya. Sebaiknya, anak-anak dan ibubapa boleh berbual lebih daripada itu.

Program ditamatkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie. Bagi pihak penganjur, kami ingin memohon maaf jika ada salah-silap atau terkasar bahasa. Moga semua dapat terus menyokong program-program persatuan penduduk pada masa mendatang. Program seterusnya adalah Hari Ramah Mesra Bandar Seri Putra. Tunggukan pengumumannya.


Sesi pendaftaran


Anak-anak mula menumpukan perhatian


Sebelum motivasi, baru nak mula dah mengantuk


Ibu-ibu yang menghantar anak untuk melihat perubahan


Anak-anak disusun mengikut umur


Kedatangan penceramah dialu-alukan oleh pengarah program


Mejar Qayyum, “Saya pun motivator dan penulis buka juga Dr”.
Dr. Tengku Asmadi, ” Nanti boleh ikut saya pusing satu Malaysia”.



Anak-anak khusyuk memberi tumpuan


ADUN Bangi menutup program.



Ibubapa bantu mengemas dewan

Selebihnya di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.258638867480167.76304.231425046868216&type=1

Untuk ibubapa yang ingin image bersaiz besar sebagai kenang-kenangan, insya-Allah CD gambar hari motivasi tersebut akan dijual tidak lama lagi.
Sila hubungi Khairil 012.2655.203 atau emailkan kepada khaiatbsp@gmail.com. CD tersebut mengandungi lebih banyak gambar daripada apa yang telah dikongsikan di sini.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ingatan: Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011, 31 Julai (Ahad)

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpgDato/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Terima kasih kerana mendaftarkan anak tuan/puan bagi program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 yang akan dikendalikan oleh Dr. Tengku Asmadi pada 31 Julai 2011.

Sebagai ingatan, berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh anak tuan/puan.

  1. Pendaftaran perserta akan bermula seawal 8.00 pagi.
  2. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  3. Peserta juga perlu memakai kasut.
  4. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  5. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.

Manakala program keibubapaan pula, ibubapa diharap dapat menghadirkan diri tepat jam 5.00 petang.

Pihak penganjur juga dimaklumkan bahawa ada penjualan buku-buku MAP berharga RM15.00 setiap sebuah.

Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse boleh diperolehi di pautan ini

http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A

Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/ atau hubungi Khairil 012.2655.203.

Sekali lagi, kami pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar.

Jumpa anda semua di Dewan Bukit Mahkota Clubhousepada 31 Julai nanti.

-Khaiatbsp-

————————————————————————————————————

Aturcara

08.00 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Mohon Semak Pendaftaran

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah sehingga hari ini seramai 258 peserta telah disahkan pendaftarannya. Melebihi daripada apa yang disasarkan.

Kami masih memproses baki pendaftaran. Maaf, tiada pendaftaran baru dapat diterima. Ini termasuk peserta yang telah mendaftar online tetapi sehingga Jumaat lepas tidak membayar yuran penyertaan, tidak akan diterima kerana jumlah peserta telah pun mencukupi.

Kami juga memohon mana-mana peserta yang telah membayar secara online agar menyemak senarai berdaftar di sini http://map.bandarseriputra.com/?page_id=97. Harap dapat maklumkan kami jika nama belum lagi disahkan.

Beberapa perkara juga perlu kami tekankan di sini.

  1. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  2. Peserta juga perlu memakai kasut.
  3. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  4. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Tak lupa juga kepada yang gagal mendapat tempat, kami ucapkan terima kasih atas minat tuan/puan.

Bagi yang telah mendaftar, kita jumpa di Dewan Bukit Mahkota Clubhouse 31 Julai ini.
Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse di sini http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A
Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

=============================

Aturcara

08.30 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pendaftaran Ditutup

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada program ini. Kami penganjur MAP2011 ingin mengumumkan bahawa pendaftaran untuk MAP2011 secara rasminya ditutup. Ini kerana target peserta seperti yang dirancang telah dipenuhi.

Sekian, harap maklum.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

168 daripada 211 pendaftaran telah disahkan.

Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 14 Julai 2011, seramai 211 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 211 peserta tersebut, 168 telah pun disahkan pendaftarannya.

Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai menjelang esok. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MAP2011 anjuran PPBSP: 118 Berdaftar, 92 Disahkan.

Alhamdulillah respon yang kita setakat 5 Julai 2011, seramai 118 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 118 peserta tersebut, 92 telah pun disahkan pendaftarannya.

Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai dalam masa terdekat ini. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MAP2011 anjuran PPBSP: 47 daripada 78 pendaftaran telah disahkan

Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 30 Julai 2011, seramai 78 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 78 peserta tersebut, 47 telah pun disahkan pendaftarannya.

Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai dalam masa terdekat ini. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pendaftaran Masih Dibuka

Banner MAP2011

Pendaftaran masih dibuka.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

2 Berdaftar, 21 Belum Bayar

Alhamdulillah setelah dibuka pendaftaran selama 2 hari ini, pihak penganjur telah menerima 23 makluman pendaftaran. Daripada 23 yang mendaftar, 2 telah disahkan pendaftarannya. Manakala, 21 lagi masih menunggu pembayaran.

Jika tuan/puan membuat pembayaran, sila pastikan tuan/puan mengambil resit sebagai bukti pembayaran.

Manakala, bagi yang telah mendaftan online, sila kemukakan bukti bayaran secara email kepada map@bandarseriputra.com atau sms kepada 013-2316296/012-3614703/012-2655203 atau berjumpa dengan AJK pendaftaran (Engku Faizal/Haslina Mohd. Ali/Khairil Anuar) atau boleh menghantarnya ke Farhan Fotocopy Center (kedai setingkat berhadapan dengan tangki air BSP).

Sila nyatakan atau catatkan no rujukan pendaftaran tuan/puan. No rujukan pendaftaran boleh diperolehi di http://map.bandarseriputra.com/?page_id=97

Sekian, terima kasih.
Khairil Anuar
AJK Pendaftaran

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Brochure MAP2011

Brochure MAP2011

Posted in Uncategorized | Leave a comment